Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PREMIS BEROPERASI TANPA LESEN PREMIS YANG DITETAPKAN OLEH KETUA PENGARAH KUALITI ALAM SEKELILING, SEBUAH SYARIKAT DIDAKWA DI MAHKAMAH SESYEN BUTTERWORTH, PULAU PINANG
- Subjek
- Tahun
- 2026
- Tarikh Keluaran
- 17/08/2026
- Organisasi
- Jabatan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang
- Lokasi
- Pulau Pinang
Penerangan
29 JULAI 2026 - BUTTERWORTH, PULAU PINANG, Hakim Mahkamah Sesyen Jenayah 2, Butterworth, Pulau Pinang hari ini telah menjatuhkan hukuman denda berjumlah RM25,000.00 ke atas sebuah syarikat kerana didapati telah menjalankan aktiviti penstoran luar tapak Buangan Terjadual SW110 – buangan letrik dan elektronik (ewaste) tanpa lesen di bawah Seksyen 18(1), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Premis tersebut beroperasi di alamat Jalan Bukit Tambun, 14100 Simpang Ampat di dalam Negeri Pulau Pinang.
Penstoran luar tapak Buangan Terjadual tersebut beroperasi di lokasi yang bukan dilesenkan oleh Jabata Alam Sekitar. Pengarah syarikat hadir tanpa diwakili peguam dan mengaku salah terhadap pertuduhan yang dibacakan. Hakim Tuan Roslan Bin Hamid telah menjatuhkan hukuman bersalah terhadap OKS dan didenda sebanyak RM25,000.00 semasa sebutan kes dibacakan.
Adalah diingatkan bahawa, menjalankan aktiviti penstoran luar tapak buangan terjadual adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 18(1), Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 (Akta 127) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 18(3) Akta yang sama yang mana jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak kurang daripada dua puluh lima ribu ringgit dan tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, dan boleh juga dikenakan tambahan denda tambahan satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari kesalahan itu berterusan selepas disampaikan kepadanya suatu notis oleh Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling mengkehendakinya menghentikan perbuatan yang dinyatakan di dalamnya itu.
Orang awam diseru untuk melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 yang beroperasi 24 jam sehari atau emel ke aduan_k@doe.gov.my dan melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my
#nres
#jabatanalamsekitar
#jaspulaupinang
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasppJULAI2026