PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL (EDL) Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

LAWATAN KERJA NATURAL RESOURCES ENVIRONMENT BOARD (NREB), SARAWAK BERKENAAN PEMPROSESAN KELULUSAN LAPORAN EIA DAN PENGUATKUASAAN BAGI PROJEK PERLADANGAN KELAPA SAWIT DAN PERHUTANAN DI PERAK

JAS PERAK 17/08/2026 48 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAWATAN KERJA NATURAL RESOURCES ENVIRONMENT BOARD (NREB), SARAWAK BERKENAAN PEMPROSESAN KELULUSAN LAPORAN EIA DAN PENGUATKUASAAN BAGI PROJEK PERLADANGAN KELAPA SAWIT DAN PERHUTANAN DI PERAK
Subjek
laporan EIA
Tahun
2026
Tarikh Keluaran
01/07/2026
Organisasi
JAS PERAK
Lokasi
sungai siput

Penerangan

01 & 02 Julai 2026, Perak - Satu lawatan kerja telah dijalankan oleh Natural Resources Environment Board (NREB), Sarawak ke Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak berkaitan pemprosesan kelulusan laporan EIA dan penguatkuasaan terhadap projek perladangan kelapa sawit dan perhutanan. Delegasi ini diketuai oleh Datu Jack anak Liam, Controller Kualiti Alam Sekitar, Puan Penny anak Sumok, Timbalan Controller (Sektor Operasi), Tuan John Rampai,Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak, Encik Hazizi bin Esa, Ketua Penolong Pengarah Kanan (Operasi) Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak, pegawai-pegawai kanan NREB dan JAS Perak juga turut hadir di dalam sesi perbincangan dan lawatan kerja yang diadakan tersebut. Delegasi daripada Sarawak tersebut telah diberikan taklimat dan perkongsian mengenai proses penilaian laporan EIA,syarat-syarat kelulusan EIA, mekanisme pemantauan dan juga Prosedur Operasi Standard (SOP) penguatkusaan di lapangan. Sesi lawatan tapak juga turut dijalankan di beberapa buah projek perladangan di Sungai Siput dan perlombongan di Gerik, Perak. #NRES #hariozonsedunia2026 #Beatplasticpollution #jasperak_julai2026 #Harialamsekitarsedunia #alamsekitartanggungjawabbersama