PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL (EDL) Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

LAWATAN KERJA PEGAWAI-PEGAWAI JAS NEGERI PERAK KE SRI SENGGORA KILANG KELAPA SAWIT SDN. BHD. DI MARAN, PAHANG

JAS PERAK 17/08/2026 51 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAWATAN KERJA PEGAWAI-PEGAWAI JAS NEGERI PERAK KE SRI SENGGORA KILANG KELAPA SAWIT SDN. BHD. DI MARAN, PAHANG
Subjek
KELAPA SAWIT
Tahun
2026
Tarikh Keluaran
07/07/2026
Organisasi
JAS PERAK
Lokasi
MARAN, PAHANG

Penerangan

7 Julai 2026, Maran, Pahang | Lawatan kerja ini dilaksanakan untuk memberi pendedahan dan pemahaman berkaitan proses dan operasi Secondary Empty Fruit Bunches (EFB) Fibre Plant untuk mengitar semula sisa iaitu fiber tandan kosong kelapa (EFB Fibre) dari kilang kelapa sawit untuk menghasilkan lapisan kertas. Lawatan ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Ts. Dr. Hj. Mohammad Ezanni bin Mat Salleh , Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak bersama 23 orang pegawai-pegawai kanan dari JAS Negeri Perak. Selain lawatan ke tapak Secondary EFB Fibre Plant, pegawai-pegawai JAS Negeri Perak turut melawat ke loji penghasilan biogas iaitu proses pengumpulan gas metana dari Palm Oil Mill Effluent (POME) di tangki Anaerobic Digestor (AD) untuk ditukarkan kepada tenaga elektrik. Projek fibre plant ini dalam cadangan untuk dibangunkan di dua (2) buah kilang kelapa sawit di Negeri Perak iaitu di Teluk Intan dan Taiping dalam usaha pihak kilang untuk memastikan pematuhan terhadap pengurusan tandan kosong kelapa sawit (empty fruit bunches, EFB) mengikut Garis Panduan Pelan Pengurusan Tandan Kosong Kelapa Sawit yang diterbitkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS). #NRES #hariozonsedunia2026 #Beatplasticpollution #jasperak_julai2026 #Harialamsekitarsedunia #alamsekitartanggungjawabbersama