Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- OPERASI BERSEPADU PELEPASAN ASAP HITAM DARI KENDERAAN BERMOTOR (OPS GERAK)
- Subjek
- Tahun
- 2026
- Tarikh Keluaran
- 07/07/2026
- Organisasi
- jas perak
- Lokasi
- ipoh
Penerangan
13 Julai 2026, Taiping - Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak bersama Ibu Pejabat Polis Ipoh telah menjalankan Operasi Bersepadu bagi Pelepasan Asap Hitam Dari Kenderaan Bermotor bertempat di KM 29, Jalan Ipoh - Lumut.
Sepanjang Ops gerak ini berlangsung sebanyak 7 kompaun telah dikeluarkan bagi kesalahan melepaskan asap hitam melebihi had ditetapkan mengikut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996. Selain itu, 7 Notis Arahan di bawah Seksyen 48A, AKAS 1974 juga telah dikeluarkan kepada pemilik kenderaan yang terbabit bagi menjalani ujian semula.
Jabatan Alam Sekitar menyeru pemilik kenderaan khasnya pemilik kenderaan berenjin diesel untuk sentiasa memastikan kenderaan diselenggara secara berkala dan melakukan pemeriksaan di Puspakom bagi memastikan kenderaan sentiasa berada dalam keadaan selamat dan tidak melepaskan pencemar udara yang mengancam kualiti alam sekitar dan kesihatan orang ramai.
#NRES
#hariozonsedunia2026
#Beatplasticpollution
#jabatanalamsekitar
#jasperak_julai2026
#Harialamsekitarsedunia
#alamsekitartanggungjawabbersama
#perakbumilestari