PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL (EDL) Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Kesedaran

PROGRAM MASJID LESTAR-HAB KELESTARIAN ALAM SEKITAR TAHUN 2026

JAS PERAK 17/08/2026 23 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM MASJID LESTAR-HAB KELESTARIAN ALAM SEKITAR TAHUN 2026
Subjek
masjid lestari
Tahun
2026
Tarikh Keluaran
15/07/2026
Organisasi
jas perak
Lokasi
ipoh

Penerangan

Sedang berlangsung Pusingan Ke-2 Program Masjid Lestari-Hab Kelestarian Alam Sekitar pada tahun 2026 ini anjuran Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak dengan Kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Perak (MAIPk), Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) dan Pihak Berkuasa Tempatan dengan hasrat kesinambungan kejayaan pertandingan pada tahun 2025 yang lalu. Sebanyak 120 masjid di seluruh Negeri Perak telah terpilih menyertai program ini dengan kategori Pertandingan Pengumpulan Sisa Elektrik & Elektronik (E-Waste) Peringkat Negeri Perak Tahun 2026 ini. Tujuan program ini diadakan sebagai satu usaha menyokong pemeliharaan alam sekitar serta pengurusan sisa elektronik yang lestari dengan menjadikan masjid sebagai jaringan hab pengurusan yang terdekat dengan komuniti setempat. Semoga jalinan kerjasama ini dapat mendidik masyarakat selari dengan Tema Hari Alam Sekitar Negara iaitu "Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama" #NRES #hariozonsedunia2026 #Beatplasticpollution #jabatanalamsekitar #jasperak_julai2026 #Harialamsekitarsedunia #alamsekitartanggungjawabbersama #perakbumilestari