Koleksi Gambar / Program Kesedaran
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PROGRAM “JOM KURUS JOM SIHAT, OBESITI DAN MASALAH MENTAL”
- Subjek
- Tahun
- 2026
- Tarikh Keluaran
- 03/07/2026
- Organisasi
- jas perak
- Lokasi
- ipoh
Penerangan
03 Julai 2026, Ipoh - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak telah menganjurkan program kesedaran kesihatan bertajuk “Jom Kurus Jom Sihat, Obesiti dan Masalah Mental” bagi meningkatkan pengetahuan warga kerja mengenai kepentingan penjagaan kesihatan fizikal dan mental.
Ceramah telah disampaikan oleh Dr. Norlina Binti Anuar, Pakar Perubatan Keluarga dari Klinik Kesihatan Menglembu. Peserta telah didedahkan dengan pelbagai langkah praktikal menjaga kesihatan fizikal & mental iaitu:
1. Fokus Pemakanan Seimbang: Amalkan diet sihat secara konsisten tanpa sekatan kalori ekstrem yang boleh membebankan emosi.
2. Aktiviti Fizikal Berterusan: Lakukan senaman ringan seperti berjalan kaki 30 minit sehari untuk merangsang hormon endorfin bagi mengurangkan stres.
3. Dapatkan Sokongan Profesional: Rujuk doktor, pakar pemakanan, atau kaunselor sekiranya menghadapi masalah kawalan berat badan yang disertai tekanan mental.
#NRES
#hariozonsedunia2026
#Beatplasticpollution
#jabatanalamsekitar
#jasperak_julai2026
#Harialamsekitarsedunia
#alamsekitartanggungjawabbersama
#perakbumilestari