Koleksi Gambar / Program Kesedaran
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- EKSPO & EKSPLORASI CARE 2026 (CAREX 2026)
- Subjek
- Tahun
- 2026
- Tarikh Keluaran
- 04/08/2026
- Organisasi
- jas perak
- Lokasi
- ipoh
Penerangan
4 & 5 Ogos 2026, Ipoh - Jabatan Alam Sekitar Perak dijemput sebagai salah satu pempamer di Program CAReX 2026 anjuran Politeknik Ungku Omar di Dewan Jubli Perak, PUO.
Jabatan telah memberi pendedahan berkaitan alat pengujian gas iaitu Refrigerant Identifier bagi mengenalpasti kandungan gas di peralatan sistem penyejuk udara agar pengguna mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Pengurusan Refrigeran) 2020.
Pendidikan dan kesedaran ini diadakan bagi menyokong penyejukan mampan untuk melindungi iklim bumi selari dengan tema Sambutan Hari Ozon Sedunia iaitu "Global Action for a Cooler Planet-Celebrating 10 Years of Sustainable Cooling Under the Kigali Amendment to the Montreal Protocol" yang disambut pada 16 September setiap tahun.
#NRES
#hariozonsedunia2026
#Beatplasticpollution
#jasperak_ogos2026
#Harialamsekitarsedunia
#alamsekitartanggungjawabbersama