Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- AUDIT PENGUATKUASAAN DAN KEBERKESANAN TINDAKAN PENGUATKUASAAN DI JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI PERAK
- Subjek
- Tahun
- 2026
- Tarikh Keluaran
- 06/08/2026
- Organisasi
- jas perak
- Lokasi
- ipoh
Penerangan
AUDIT PENGUATKUASAAN DAN KEBERKESANAN TINDAKAN PENGUATKUASAAN DI JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI PERAK
6 Ogos 2026, Ipoh – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Perak telah melaksanakan Audit Penguatkuasaan dan Keberkesanan Tindakan Penguatkuasaan yang dijalankan oleh pasukan auditor JAS selama tiga (3) hari bermula 3 hingga 5 Ogos 2026.
Pasukan audit ini diketuai oleh Tuan Mohd Faizul Hilmi bin Zulkifli Timbalan Pengarah (Operasi), JAS Selangor, bersama empat (4) orang pegawai auditor yang berpengalaman dari Ibu Pejabat, JAS Cawangan Tawau dan JAS Cawangan Sepang.
Mesyuarat Pembukaan Audit telah dipengerusikan oleh Y.Bhg Dato' Dr. Hj Mohammad Ezanni bin Mat Salleh Pengarah JAS Negeri Perak. Intipati audit ini adalah untuk melihat keberkesanan tindakan penguatkuasaan dan Prosedur Operasi Standard (POS) dipatuhi dan dilaksanakan pada piawai yang ditetapkan oleh pihak Jabatan.
Selama 3 hari pelaksanaan audit, pasukan auditor telah menjalankan semakan dan penilaian terhadap pelbagai aspek berkaitan pengurusan serta pelaksanaan aktiviti penguatkuasaan di JAS Negeri Perak. Penilaian tersebut meliputi pematuhan terhadap prosedur kerja penguatkuasaan, pengurusan dokumentasi, tindakan susulan kes serta keberkesanan tindakan penguatkuasaan yang telah dilaksanakan.
JAS Negeri Perak sentiasa komited dalam mempertingkatkan kecekapan penyampaian dan perkhidmatan melalui pelaksanaan penguatkuasaan yang profesional, telus dan berintegriti selaras dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) Penguatkuasaan JAS demi memastikan kelestarian alam sekitar terus terpelihara.
#NRES
#JabatanAlamSekitar
#JASPerak
#AlamSekitarTanggungjawabBersama