PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL (EDL) Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Bengkel

MAJLIS PENYERAHAN LESEN PREMIS YANG DITETAPKAN (PYDT) KILANG KELAPA SAWIT NEGERI PAHANG DAN SEMINAR “TOWARDS SUSTAINABLE AIR QUALITY MANAGEMENT: STRENGTHENING ESG THROUGH CLEAN AIR COMPLIANCE”

JAS PAHANG 18/08/2026 39 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MAJLIS PENYERAHAN LESEN PREMIS YANG DITETAPKAN (PYDT) KILANG KELAPA SAWIT NEGERI PAHANG DAN SEMINAR “TOWARDS SUSTAINABLE AIR QUALITY MANAGEMENT: STRENGTHENING ESG THROUGH CLEAN AIR COMPLIANCE”
Subjek
PENYERAHANLESEN
Tahun
2026
Tarikh Keluaran
09/07/2026
Organisasi
KASPA NEGERI PAHANG
Lokasi
THE ZENITH KUANTAN

Penerangan

abatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pahang telah menganjurkan Majlis Penyerahan Lesen Premis Yang Ditetapkan (PYDT) Kilang Kelapa Sawit Negeri Pahang serta Seminar “Towards Sustainable Air Quality Management: Strengthening ESG Through Clean Air Compliance” pada 7 hingga 8 Julai 2026 bertempat di The Zenith Hotel, Kuantan. Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Encik Zakaria bin Ahmad @ Mohd, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang. Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan pematuhan terhadap keperluan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127], di samping menggalakkan pihak industri untuk terus memperkukuh amalan ESG (Environmental, Social and Governance) dalam pengurusan operasi demi kelestarian alam sekitar. Penganjuran seminar pada kali ini juga dilaksanakan bersempena dengan Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia yang disambut pada 5 Jun 2026 di seluruh negara dengan tema "Inspired by Nature. For Climate. For Our Future." Sempena majlis tersebut, sejumlah 70 lesen telah diperbaharui dan diserahkan kepada premis Kilang Kelapa Sawit (KKS) di Negeri Pahang bagi sesi 2026. Penyerahan lesen ini juga merupakan simbolik kepada amanah dan kepercayaan yang diberikan oleh pihak kerajaan dalam memastikan semua premis yang ditetapkan beroperasi mengikut kehendak perundangan serta mengamalkan pengurusan alam sekitar dengan lebih bertanggungjawab. JAS Negeri Pahang berharap program seperti ini akan terus memperkukuh kerjasama strategik antara jabatan dan pihak industri dalam memastikan pembangunan ekonomi yang seimbang dengan pemeliharaan alam sekitar demi kesejahteraan generasi masa hadapan.