Koleksi Gambar / Program Kesedaran
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- HARI KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN DAN ALAM SEKITAR (OSHE DAY) PERODUA
- Subjek
- Tahun
- 2026
- Tarikh Keluaran
- 16/07/2026
- Organisasi
- PERODUA
- Lokasi
- AC HOTEL KUANTAN
Penerangan
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pahang telah menyertai Hari Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar (OSHE Day) anjuran Perodua Sales Sdn.Bhd. yang berlangsung di AC Hotel Kuantan.
Majlis perasmian program telah dihadiri oleh barisan pengarah dan wakil daripada pelbagai agensi kerajaan serta swasta. Turut hadir ialah Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang, YBrs. Encik Zakaria bin Ahmad @ Mohd, sebagai tanda sokongan terhadap usaha memperkukuh budaya keselamatan, kesihatan pekerjaan dan kelestarian alam sekitar.
Program ini turut melibatkan penyertaan beberapa agensi antaranya Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP/DOSH), Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), SWCorp Malaysia serta agensi-agensi berkaitan yang mempamerkan peranan masing-masing dalam memperkukuh aspek keselamatan, kesihatan pekerjaan dan pemeliharaan alam sekitar.
Sempena program tersebut, JAS Negeri Pahang telah mengadakan pameran kesedaran alam sekitar bagi memberi pendedahan kepada para peserta mengenai peranan Jabatan Alam Sekitar, pemeliharaan kualiti alam sekeliling serta amalan pengurusan alam sekitar yang lestari.
Selain itu, Encik Fadhzlan Abdullah bin Ismail, Pegawai JAS Negeri Pahang, telah mengendalikan sesi perkongsian interaktif yang mengetengahkan kepentingan pemeliharaan alam sekitar, pematuhan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127] serta peranan semua pihak dalam membudayakan amalan kelestarian di tempat kerja demi kesejahteraan generasi kini dan akan datang.
JAS Negeri Pahang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Perodua Sales Sdn.Bhd. atas jemputan dan peluang menjalinkan kerjasama strategik dalam meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan, kesihatan pekerjaan dan pemeliharaan alam sekitar.