Koleksi Gambar / Bengkel
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PROGRAM LIBAT URUS RAKAN STRATEGI ANTARA JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI PAHANG BERSAMA PERBADANAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM (SW CORP)
- Subjek
- Tahun
- 2026
- Tarikh Keluaran
- 30/07/2026
- Organisasi
- SWCORP
- Lokasi
- GEBENG, PAHANG
Penerangan
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pahang bersama-sama dengan SW Corp telah menganjurkan Kursus Forensik Alam Sekitar pada 28 hingga29 Julai 2026 bertempat di SIRIM Kuantan. Peserta program terdiri daripada pegawai-pegawai teknikal SW Corp dari negeri-negeri yang berkaitan seramai 45 orang.
Sempena program tersebut, sesi ceramah telah disampaikan oleh Pegawai Jabatan Alam Sekitar iaitu Puan Amirah Syazwani binti Mazlan dan Puan Julianah binti Dulaidi berkaitan kepentingan pematuhan terhadap keperluan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127], di samping menggalakkan pihak SW Corp untuk terus memperkukuh amalan Environmental Sustainability Goals (ESG) (Environmental, Social and Governance) dalam pengurusan operasi bagi memastikan pembangunan yang mampan dan pemeliharaan kualiti alam sekitar. Turut memberi ceramah adalah Ahli Kimia, Jabatan Kimia Malaysia iaitu ChM Dr. Hajah Faridah binti Mohd Marsin, yang memfokuskan kepentingan prosedur persampelan yang betul.
Lawatan ke Loji Rawatan Larut Resap, Tapak Pelupusan sampah Jabor-Jerangau telah dilaksanakan untuk berkongsi Prosedur Operasi Standard (SOP) Penguatkuasaan oleh JAS. Lawatan ke Stesen Pemantauan Air Tanah di Institut Latihan Perindustrian juga telah dilaksanakan bertujuan perkonsian bidang tugas JAS selain penguatkuasaan.
JAS Negeri Pahang berharap program seperti ini akan terus memperkukuh kerjasama strategik dalam memastikan pemeliharaan alam sekitar demi kesejahteraan generasi masa hadapan.