PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL (EDL) Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Mesyuarat

KUNJUNGAN HORMAT JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI SELANGOR KE IBU PEJABAT POLIS DAERAH (IPD) HULU SELANGOR

JAS SELANGOR 18/08/2026 44 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KUNJUNGAN HORMAT JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI SELANGOR KE IBU PEJABAT POLIS DAERAH (IPD) HULU SELANGOR
Subjek
Kunjungan Hormat
Tahun
2026
Tarikh Keluaran
18/08/2026
Organisasi
JAS Selangor
Lokasi
Hulu Selangor

Penerangan

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor Cawangan Gombak telah mengadakan Kunjungan Hormat ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor bertempat di Bilik Gerakan Taktikal (GTR), IPD Hulu Selangor. Kunjungan hormat ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan dua hala serta memantapkan kerjasama strategik antara kedua-dua agensi penguatkuasaan di peringkat daerah dalam menangani isu-isu jenayah alam sekitar khususnya di daerah Hulu Selangor. Sesi perbincangan menumpukan kepada ancaman semasa operasi premis e-waste haram dan komitmen memfokuskan tindakan operasi bersepadu yang menyeluruh. Pihak JAS turut merakamkan penghargaan atas kelancaran tujuh (7) operasi bersama yang telah dilaksanakan pada tahun ini yang berjaya membawa kepada tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) dan penyediaan Kertas Siasatan. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Tuan OCPD Supt Manimaran A/L Muniandi serta barisan kepimpinan IPD Hulu Selangor atas kesudian menerima kunjungan dan komitmen yang diberikan. Semoga sinergi penguatkuasaan bersepadu ini dapat memastikan keselamatan dan kelestarian alam sekitar terus terpelihara.