Koleksi Gambar / Bengkel
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- SEMINAR PEMATUHAN ALAM SEKITAR 2026: DARIPADA KELULUSAN KEPADA PENGUATKUASAAN OLEH JAS SELANGOR
- Subjek
- Tahun
- 2026
- Tarikh Keluaran
- 18/08/2026
- Organisasi
- JAS Selangor
- Lokasi
- Shah Alam
Penerangan
12 Ogos 2026, Shah Alam - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor (KESAS) telah mengadakan Seminar Pematuhan Alam Sekitar 2026 : Daripada Kelulusan Kepada Penguatkuasaan pada 12-13 Ogos 2026 bertempat di Hotel Concorde Shah Alam, Selangor. Seminar telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Haji Wandi Yadzid Bin Haji Yaakob, Pengarah, JAS Negeri Selangor dan turut diiiringi oleh pegawai JAS Negeri Selangor.
Seminar ini diadakan bertujuan untuk memberi pemahaman kepada pihak industri berhubung peranan dan tanggungjawab dalam pengurusan serta pematuhan alam sekitar di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan dibawahnya. Seminar ini juga telah dihadiri oleh 285 orang peserta dari kalangan Premis Yang Bukan Ditetapkan (PYBDT), Jururunding Alam Sekitar dan Orang Yang Berwibawa serta pihak-pihak yang terlibat dalam pengurusan alam sekitar.
Semoga dengan pelaksanaan seminar ini dapat meningkatkan pematuhan industri terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan dibawahnya.