Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PEMERIKSAAN PENEMUAN BUANGAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK (E-WASTE) DI LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KUALA LUMPUR (KLIA)
- Subjek
- Tahun
- 2026
- Tarikh Keluaran
- 18/08/2026
- Organisasi
- JAS Selangor
- Lokasi
- Sepang
Penerangan
3 Ogos 2026, Sepang - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor Cawangan Sepang telah menerima maklumat berkenaan penemuan empat (4) unit bagasi yang disyaki mengandungi buangan e-waste telah ditahan oleh pasukan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) KLIA sebelum pelepasan ke luar negara.
Hasil pemeriksaan fizikal ke atas kandungan bagasi mendapati terdapat sejumlah komponen elektronik yang dipercayai Integrated Circuit (IC) Chips seberat 127.25 kilogram telah dibungkus menggunakan plastik lut sinar dan berpotensi diklasifikasikan sebagai Buangan Terjadual SW110 di bawah Jadual Pertama, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.
Persampelan rasmi telah dijalankan oleh pasukan penguatkuasa JAS Negeri Selangor Cawangan Sepang bagi tujuan analisa kimia.
Kertas siasatan di bawah Seksyen 34B(1)(b) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 telah dibuka bagi tindakan pendakwaan selanjutnya kerana disyaki mengeksport Buangan Terjadual tanpa kelulusan bertulis daripada Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling.
Patuhi undang-undang! Kesalahan berkaitan buangan terjadual boleh menyebabkan mana-mana pihak dikenakan hukuman pemenjaraan selama tempoh tidak lebih lima tahun dan boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM 100,000.00 dan tidak melebihi RM 10,000,000.00.