Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- LAPORAN PEMANTAUAN KUALITI UDARA BERIKUTAN KEMEROSOTAN IPU DI STESEN MOBIL JOHAN SETIA MCAQM001 (BUNGA RAYA)
- Subjek
- Tahun
- 2026
- Tarikh Keluaran
- 19/08/2026
- Organisasi
- JAS Selangor
- Lokasi
- Johan Setia
Penerangan
Pemantauan telah dijalankan di sekitar Sekolah Kebangsaan Johan Setia yang menempatkan stesen mobil kualiti udara MCAQM001 bagi mengenal pasti punca kemerosotan bacaan IPU. Hasil pemeriksaan dan pemantauan menggunakan dron mendapati tiada aktiviti pembakaran terbuka di sekitar stesen dan kawasan pertanian Johan Setia. Keadaan cuaca semasa pemantauan adalah mendung dengan hujan renyai dan tiada kejadian jerebu dikesan. Pemeriksaan di tapak projek Cadangan Pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Johan Setia mendapati kerja-kerja tanah masih dijalankan melibatkan dua unit ekskavator. Keadaan washing bay yang kurang berfungsi dengan baik serta jalan sekolah yang berdebu, ditambah dengan trafik kenderaan yang tinggi pada waktu petang, berpotensi menyumbang kepada peningkatan kepekatan zarah PM dan bacaan IPU di stesen mobil.
Sehubungan itu, FC telah dikeluarkan kepada Construction Manager bagi mengarahkan pihak projek mengambil langkah-langkah kawalan yang sewajarnya, khususnya berkaitan pengurusan habuk, washing bay dan kebersihan jalan keluar masuk tapak. Pihak projek juga diarahkan mengemukakan laporan tindakan pembetulan kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam tempoh dua minggu. Kerja-kerja di tapak projek dimaklumkan akan dihentikan pada jam 5.30 petang setiap hari.