PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL (EDL) Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti

SESI AUDIT PEMANTAUAN INFRASTRUKTUR GAMBUT NEGERI SELANGOR OLEH JAS IBU PEJABAT BERSAMA-SAMA JPS DAN JMG

JAS SELANGOR 19/08/2026 46 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SESI AUDIT PEMANTAUAN INFRASTRUKTUR GAMBUT NEGERI SELANGOR OLEH JAS IBU PEJABAT BERSAMA-SAMA JPS DAN JMG
Subjek
Tanah Gambut
Tahun
2026
Tarikh Keluaran
19/08/2026
Organisasi
JAS Selangor
Lokasi
Kuala Langat

Penerangan

Pada 11 Ogos 2026, satu Sesi Audit Pemantauan Infrastruktur Gambut Negeri Selangor telah dilaksanakan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Ibu Pejabat dengan kerjasama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta Jabatan Mineral dan Geosains (JMG). Sesi ini bertujuan untuk memantau keadaan dan fungsi infrastruktur berkaitan kawasan gambut serta menilai aspek pengurusan saliran, paras air dan keadaan tanah di lokasi terlibat. Pemeriksaan lapangan telah dijalankan secara bersama dengan melibatkan perkongsian pandangan dan penilaian teknikal oleh agensi yang terlibat. Hasil pemantauan mendapati beberapa aspek berkaitan penyelenggaraan dan pengurusan infrastruktur perlu diberi perhatian dan dipantau secara berterusan. Tindakan susulan serta kerjasama antara JAS, JPS dan JMG akan diteruskan bagi memastikan pengurusan infrastruktur gambut di Negeri Selangor dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan mampan.