Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- OPERASI STATIK BERSEPADU “OPS GERAK” KENDERAAN DIESEL UKM JAS SELANGOR BIL. 14/2026
- Subjek
- Tahun
- 2026
- Tarikh Keluaran
- 19/08/2026
- Organisasi
- JAS Selangor
- Lokasi
- Telok Panglima Garang
Penerangan
Operasi Statik Bersepadu “Ops Gerak” Kenderaan Diesel UKM JAS Selangor Bil. 14/2026 telah dijalankan pada 28 Julai 2026 bersama Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat di Plaza Tol Telok Panglima Garang (arah Banting). Operasi dilaksanakan bagi pemantauan dan penguatkuasaan berkaitan pelepasan asap kenderaan diesel di bawah Seksyen 31, Seksyen 38 dan Seksyen 48A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127). Sepanjang operasi, dianggarkan sebanyak 191 buah kenderaan berenjin diesel melalui titik pemeriksaan dan sebanyak 50 buah kenderaan telah ditahan untuk saringan asap secara visual. Daripada jumlah tersebut, 6 buah kenderaan telah diarahkan untuk menjalani ujian pelepasan asap menggunakan smoke meter, namun hanya 2 buah kenderaan berjaya diuji berikutan masalah teknikal sebelum kaedah pemeriksaan visual digunakan sepenuhnya.
Hasil pemeriksaan mendapati 2 buah kenderaan diesel disyaki melepaskan asap melebihi had yang ditetapkan dan telah dikenakan tindakan Notis Arahan di bawah Seksyen 31(1), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, bagi mengarahkan pemilik mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk mengurangkan pencemaran daripada pelepasan asap kenderaan. Jumlah tindakan yang diambil adalah sebanyak 2 Notis.