Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- LAPORAN PEMANTAUAN KAWASAN BANDAR RIMBAYU SUSULAN ADUAN PENDUDUK OLEH JAS NEGERI SELANGOR
- Subjek
- Tahun
- 2026
- Tarikh Keluaran
- 19/08/2026
- Organisasi
- JAS Selangor
- Lokasi
- Kuala Langat
Penerangan
Susulan aduan penduduk berhubung keadaan di sekitar Bandar Rimbayu, satu pemeriksaan dan pemantauan telah dijalankan di kawasan berkenaan. Hasil pemeriksaan mendapati terdapat dua lokasi pembakaran terbuka yang melibatkan sampah dan sisa pembinaan. Hasil siasatan mendapati satu kejadian melibatkan seorang penduduk dari Jalan Desa Kemandol, manakala satu lagi melibatkan pekerja kontraktor pembinaan. Semasa pemeriksaan dijalankan, api masih didapati menyala di kedua-dua lokasi tersebut.
Individu yang terlibat telah diarahkan untuk memadamkan api dengan serta-merta dan tindakan penguatkuasaan telah diambil dengan mengeluarkan notis kesalahan berkaitan pembakaran terbuka kepada pihak yang terlibat. Kerjasama penduduk setempat dan pihak kontraktor pembinaan adalah dipohon agar tidak menjalankan sebarang aktiviti pembakaran terbuka bagi mengelakkan kacau ganggu serta memastikan kualiti alam sekitar dan kesejahteraan penduduk sekitar sentiasa terpelihara.