PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL (EDL) Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Hari Alam Sekitar Sedunia / World Environment Day (WED)

SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA (WED) PERINGKAT NEGERI MELAKA TAHUN 2026

JAS MELAKA 20/08/2026 52 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA (WED) PERINGKAT NEGERI MELAKA TAHUN 2026
Subjek
WED
Tahun
2026
Tarikh Keluaran
20/08/2026
Organisasi
JAS MELAKA
Lokasi
MELAKA

Penerangan

31 Julai 2026, Menara Persekutuan, MELAKA - Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka dengan kerjasama rakan strategik telah berjaya menganjurkan Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia (WED) Peringkat Negeri Melaka Tahun 2026 pada 30 Julai 2026 bertempat di Menara Persekutuan, MITC, Melaka. WED pada tahun ini adalah bertemakan “Inspired By Nature. For Climate. For Our Nature”. Pengisian utama adalah 3 taklimat yang disampaikan oleh penceramah jemputan: Encik Wan Mohd Firdaus bin Wan Idris Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Negeri Melaka Tajuk : Memperkasa Budaya Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Mendepani Akta KKP (Pindaan) 2022 Di Sektor Awam Puan Nor Hidayah binti Karim Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Melaka Tajuk : Tempat Kerja Bebas Dadah Ts. Mohd Azry Hanif bin Kamar Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka Tajuk : Peranan JAS & Kuasa Komuniti Dlaam Menguruskan E-waste Demi Alam Sekitar Lima (5) pameran daripada agensi dan industri turut diadakan di dalam dewan dimana ia memberi pendedahan kepada peserta berkenaan aktiviti utama para pempamer selain memberi ruang untuk berkongsi maklumat. Majlis telah disempurnakan dengan perasmian oleh Tuan Rosli bin Mustafa, Pengarah JAS Negeri Melaka. #KementerianSumberAsliDanKelestarianAlam #JabatanAlamSekitar #jasnegerimelaka #AlamSekitarTanggungjawabBersama #WED2026