Koleksi Digital / Polisi & Perundangan
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PREMIS DIDENDA RM 30,000 DI MAHKAMAH SESYEN, MELAKA
- Subjek
- Tahun
- 2026
- Tarikh Keluaran
- 20/08/2026
- Organisasi
- JAS MELAKA
- Lokasi
- MELAKA
Penerangan
31 Julai 2026, MELAKA - Hong Ze Aluminium Sdn. Bhd. telah disabitkan kesalahan di Mahkamah Sesyen, Melaka pada 29 Julai 2026.
Pihak premis telah mengaku bersalah di atas pertuduhan di bawah Seksyen 18(1), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan 5(1)(c) Peraturan - Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014 serta dijatuhkan hukuman denda dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM 30,000.
Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka memandang serius sebarang jenis pencemaran alam sekitar dan diharap kes ini menjadi iktibar kepada pengusaha industri khusus nya di negeri Melaka. Sebarang aduan boleh hubungi di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke aduan_k@doe.gov.my atau ke portal aduan https://eaduan.doe.gov.my/eaduan/index.php.
#KementerianSumberAsliDanKelestarianAlam
#JabatanAlamSekitar
#jasnegerimelaka
#AlamSekitarTanggungjawabBersama