Koleksi Gambar / Program Kesedaran
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PENGANUGERAHAN SEKOLAH LESTARI ANUGERAH ALAM SEKITAR (SLAAS) SESI 2025/2026 PERINGKAT NEGERI MELAKA
- Subjek
- Tahun
- 2026
- Tarikh Keluaran
- 20/08/2026
- Organisasi
- JAS MELAKA
- Lokasi
- MELAKA
Penerangan
31 Julai 2026, Menara Persekutuan, MELAKA - Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka dengan kerjasama rakan strategik telah berjaya menganjurkan
Penganugerahan Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) Sesi 2025 / 2026 Peringkat Negeri Melaka.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua sekolah yang telah menerima pengiktirafan dalam Penganugerahan Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) Sesi 2025/2026 Peringkat Negeri Melaka.
Penganugerahan ini merupakan penghargaan kepada sekolah-sekolah yang telah menunjukkan komitmen tinggi dalam membudayakan amalan kelestarian alam sekitar melalui pelaksanaan pelbagai inisiatif pendidikan alam sekitar, pengurusan sumber secara lestari serta penglibatan aktif warga sekolah.
?? Senarai Pemenang SLAAS Sesi 2025/2026 Peringkat Negeri Melaka
Kategori Sekolah Rendah
?? Sekolah Rendah Arab Merlimau Pasir
?? Sekolah Kebangsaan Kampung Tun Razak
?? Sekolah Kebangsaan Tun Syed Ahmad Shahabudin
Kategori Sekolah Menengah
?? Sekolah Menengah Kebangsaan Durian Tunggal
Anugerah Sekolah Harapan
? Sekolah Menengah Kebangsaan Dang Anum
? Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tanjung
Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin kepada seluruh warga sekolah untuk terus memperkukuh budaya cintakan alam sekitar serta melahirkan generasi yang bertanggungjawab dalam memelihara dan memulihara alam sekitar demi kesejahteraan bersama.
Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada semua sekolah yang telah menyertai penilaian SLAAS Sesi 2025/2026. Teruskan usaha membudayakan amalan hijau ke arah pembangunan mampan.
"Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama"
#JabatanAlamSekitar #JASMelaka #SLAAS20252026 #SekolahLestari #KelestarianAlamSekitar #MalaysiaMADANI