PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL (EDL) Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Kesedaran

PERTANDINGAN PENGUMPULAN "HOUSEHOLD E-WASTE" SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI MELAKA

JAS MELAKA 20/08/2026 43 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PERTANDINGAN PENGUMPULAN "HOUSEHOLD E-WASTE" SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI MELAKA
Subjek
E-WASTE
Tahun
2026
Tarikh Keluaran
20/08/2026
Organisasi
JAS MELAKA
Lokasi
MELAKA

Penerangan

31 Julai 2026, Menara Persekutuan, MELAKA - Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka dengan kerjasama rakan strategik telah berjaya menganjurkan Pertandingan Pengumpulan “Household E-waste” sekolah-sekolah sekitar negeri Melaka. Tahniah dan syabas diucapkan. Pertandingan ini dianjurkan bagi meningkatkan kesedaran serta menggalakkan amalan pengurusan sisa elektrik dan elektronik isi rumah (Household E-Waste) secara bertanggungjawab dalam kalangan warga sekolah. Inisiatif ini turut menyokong usaha memupuk budaya kelestarian alam sekitar melalui amalan kitar semula dan pelupusan e-waste yang betul. ?? Senarai Pemenang Pertandingan Pengumpulan "Household E-Waste" ?? Johan Sekolah Kebangsaan Jalan Datuk Palembang – 2,906.36 kg ?? Naib Johan Sekolah Rendah Arab Merlimau Pasir – 2,286.50 kg ?? Tempat Ketiga Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pengkalan – 1,209.80 kg Tempat Keempat * Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Rambai – 698 kg Tempat Kelima * Sekolah Kebangsaan Convent Infant Jesus 2 – 594 kg Tempat Keenam * Sekolah Kebangsaan Padang Temu – 585 kg Tempat Ketujuh * Sekolah Kebangsaan Selandar – 580 kg Tempat Kelapan * Sekolah Menengah Kebangsaan Naning – 479 kg Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua sekolah yang telah mengambil bahagian serta menunjukkan komitmen tinggi dalam menjayakan program ini. Semoga usaha murni ini dapat diteruskan sebagai amalan berterusan dalam membentuk generasi yang lebih peka terhadap kepentingan pengurusan sisa elektrik dan elektronik secara lestari. "Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama" #JabatanAlamSekitar #JASMelaka #EWaste #HouseholdEWaste #KelestarianAlamSekitar #SekolahHijau #MalaysiaMADANI