Koleksi Gambar / Aktiviti
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 2/2026 JAS WPKL
- Tahun
- 2026
- Tarikh Keluaran
- 03/07/2026
- Organisasi
- JAS WPKL
- Lokasi
- JAS WPKL
Penerangan
3 JULAI 2026, KUALA LUMPUR – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan Bil. 2/2026 bertempat di ruang legar pejabat JAS WPKL.
Majlis yang dihadiri oleh seluruh warga kerja ini turut diserikan dengan jamuan perpisahan, sesi pengenalan pegawai-pegawai baharu, serta sambutan hari lahir bagi kakitangan yang menyambut kelahiran pada bulan Mei hingga Ogos 2026.
Kehadiran dan sokongan semua warga JAS WPKL bukan sahaja memeriahkan majlis, malah mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama rakan sekerja. Semoga perjumpaan santai dan bermakna ini dapat memberi semangat baharu kepada semua warga Jabatan untuk terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jaswpkl
#alamsekitartanggungjawabbersama