Koleksi Gambar / Program Kesedaran
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PENYERAHAN KUTIPAN BOTOL PLASTIK PROGRAM EKSPLORASI BUMI (WED 2026)
- Tahun
- 2026
- Tarikh Keluaran
- 03/07/2026
- Organisasi
- JAS WPKL
- Lokasi
- Kuala Lumpur
Penerangan
3 JULAI 2026, KUALA LUMPUR – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) telah menyerahkan hasil kutipan botol plastik daripada Program Eksplorasi Bumi bersempena dengan sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia (WED) 2026 kepada pusat kitar semula yang berdaftar.
Inisiatif ini bertujuan untuk mempromosikan amalan kitar semula dalam kalangan warga kerja dan komuniti. Melalui langkah penyerahan ini, sisa plastik tersebut dapat diproses semula dengan cara yang mesra alam, sekali gus mengurangkan jumlah buangan sampah ke tapak pelupusan.
JAS WPKL berharap usaha murni ini dapat memupuk kesedaran orang ramai tentang kesan buruk pencemaran plastik, di samping membudayakan amalan kitar semula dalam kehidupan seharian demi kelestarian alam sekitar kita.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jaswpkl
#alamsekitartanggungjawabbersama