PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL (EDL) Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Kursus

KURSUS PENGAWASAN KUALITI AIR TANAH

JAS WP KUALA LUMPUR 13/07/2026 7 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KURSUS PENGAWASAN KUALITI AIR TANAH
Tahun
2026
Tarikh Keluaran
10/07/2026
Organisasi
EIMAS
Lokasi
EIMAS

Penerangan

6 JULAI 2026, KUALA LUMPUR – Beberapa orang pegawai Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) telah menyertai Kursus Pengawasan Kualiti Air Tanah bertempat di Institut Alam Sekitar Malaysia (EiMAS). Kursus ini berlangsung selama empat hari, bermula dari 6 hingga 9 Julai 2026. Tujuan utama kursus ini diadakan adalah untuk memantapkan kemahiran teknikal serta melancarkan gerak kerja pegawai dalam memantau kualiti sumber air tanah negara. Sepanjang kursus tersebut, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai ilmu merangkumi aspek teori dan praktikal. JAS WPKL berharap segala ilmu dan pendedahan teknikal yang diperoleh sepanjang kursus ini dapat dipraktikkan dengan cemerlang bagi memastikan kelestarian kualiti air tanah sentiasa terpelihara. #NRES #jabatanalamsekitar #jaswpkl #alamsekitartanggungjawabbersama