Koleksi Gambar / Aktiviti
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- SESI TAKLIMAT BERTAJUK "KEEP JAS CLEAN"
- Tahun
- 2026
- Tarikh Keluaran
- 06/07/2026
- Organisasi
- JAS WPKL
- Lokasi
- JAS WPKL
Penerangan
6 JULAI 2026, KUALA LUMPUR – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah mengadakan satu sesi taklimat bertajuk "Keep JAS Clean" bertempat di ruang legar operasi JAS WPKL.
Program yang melibatkan penyertaan seluruh warga kerja jabatan ini merupakan inisiatif bersama untuk memberi pendedahan dan mendidik kakitangan mengenai bahaya penyalahgunaan dadah.
Usaha proaktif ini amat penting bagi memastikan persekitaran tempat kerja sentiasa sihat dan bebas daripada sebarang ancaman dadah, sekali gus mengekalkan integriti serta tahap produktiviti warga kerja pada tahap yang terbaik.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jaswpkl
#alamsekitartanggungjawabbersama