Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- LAWATAN PENGUATKUASAAN DAN PEMANTAUAN EIA DI TAPAK PROJEK ARABAYU
- Tahun
- 2026
- Tarikh Keluaran
- 20/07/2026
- Organisasi
- JAS WPKL
- Lokasi
- Kuala Lumpur
Penerangan
20 JULAI 2026, KUALA LUMPUR – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) telah melaksanakan pemeriksaan lapangan bagi memantau tahap pematuhan syarat-syarat kelulusan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) di tapak projek pembangunan Arabayu.
Pemantauan ini dijalankan bagi memastikan kerja-kerja pembinaan di tapak projek tersebut dilaksanakan secara teratur dan mematuhi sepenuhnya piawaian alam sekitar yang telah ditetapkan.
Sehubungan itu, pihak penggerak projek berserta kontraktor diingatkan agar sentiasa memberikan komitmen penuh dan mematuhi peruntukan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Pindaan 2024).
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jaswpkl
#alamsekitartanggungjawabbersama