Koleksi Gambar / Program Kesedaran
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- SESI PERKONGSIAN ILMU JAS WPKL BERSAMA FELCRA BERHAD
- Tahun
- 2026
- Tarikh Keluaran
- 29/07/2026
- Organisasi
- FELCRA BERHAD
- Lokasi
- Kuala Lumpur
Penerangan
29 JULAI 2026, KUALA LUMPUR – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) berbesar hati memenuhi jemputan FELCRA Berhad bagi menjayakan sesi perkongsian ilmu bersempena dengan Kempen Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar di Wisma FELCRA.
Sesi ceramah bertajuk "Alam Sekitar: Dari Kesedaran ke Budaya" ini telah disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan (Bahagian Operasi) JAS WPKL, Puan Mehrani binti Saharudin. Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan penyertaan seramai 20 orang secara fizikal dan 200 orang secara dalam talian dalam kalangan warga kerja FELCRA Berhad.
Selain itu, para peserta turut didedahkan mengenai peranan penting setiap individu mahupun organisasi dalam mengamalkan gaya hidup lestari. Semoga ilmu yang dikongsikan ini dapat memupuk semangat cintakan alam sekitar yang berterusan dalam kalangan warga FELCRA Berhad, selari dengan kempen dan aspirasi "Alam Sekitar, Tanggungjawab Bersama".
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jaswpkl
#alamsekitartanggungjawabbersama