Koleksi Gambar / Program Kesedaran
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- CERAMAH PENGURUSAN BUANGAN TERJADUAL BERSAMA NANOMALAYSIA BERHAD
- Tahun
- 2026
- Tarikh Keluaran
- 30/07/2026
- Organisasi
- NanoMalaysia Sdn Bhd
- Lokasi
- Kuala Lumpur
Penerangan
30 JULAI 2026, KUALA LUMPUR – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) berbesar hati memenuhi jemputan sebagai penceramah bagi sesi perkongsian ilmu yang dianjurkan oleh NanoMalaysia Berhad bertempat di Sunway Putra Tower.
Sesi taklimat bertajuk "Pengurusan Buangan Terjadual di Malaysia" ini telah disampaikan secara langsung oleh Pengarah JAS WPKL, Puan Hajah Zuraini binti Haji Ahmad Tajudin, dan disertai oleh seramai 30 orang warga kerja agensi berkenaan.
Fokus utama perkongsian ini adalah untuk memberi pemahaman yang lebih jelas mengenai tatacara pengurusan sisa buangan terjadual yang betul, tanggungjawab pihak penjana sisa, serta peruntukan undang-undang di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Pengurusan sisa yang sistematik amat penting bagi mengurangkan risiko pencemaran terhadap alam sekitar dan kesihatan awam.
JAS WPKL berharap pendedahan ini dapat meningkatkan komitmen dan kesedaran para peserta untuk sentiasa mematuhi perundangan alam sekitar di tempat kerja, selaras dengan aspirasi "Alam Sekitar, Tanggungjawab Bersama".
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jaswpkl
#alamsekitartanggungjawabbersama