Koleksi Gambar / Kursus
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- KURSUS KAWALAN BAHAN PEMUSNAH OZON BIL 2 TAHUN 2026
- Tahun
- 2026
- Tarikh Keluaran
- 20/08/2026
- Organisasi
- BAHAGIAN UDARA
- Lokasi
- PULAU PINANG
Penerangan
Jabatan Alam Sekitar (JAS) lbu Pejabat dengan kerjasama Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah mengadakan Kursus Kawalan Bahan Pemusnah Ozon Bil 2 Tahun 2026 pada 3 hingga 7 Ogos di Pulau Pinang.
Kursus ini telah dihadiri oleh 15 orang pegawai penguatkuasa JKDM, 12 orang pegawai penguatkuasa Agensi Kawalan Perlindungan Sempadan (AKPS), 1 orang pegawai Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan 6 orang pegawai penguatkuasa JAS.
Kursus ini telah dirasmikan pada 4 Ogos 2026 oleh YBrs. Tuan Idris bin Abdul Wahab, Timbalan Pengarah, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Negeri Pulau Pinang. Turut hadir bersama di Majlis Perasmian adalah YBrs. Tuan Badlishah bin Ahmad, Pengarah JAS Negeri Pulau Pinang.
Objektif kursus ini adalah untuk pembangunan kapasiti pegawai penguatkuasa yang berkaitan mengenai kawalan pengimportan dan pengeksport bahan-bahan pemusnah ozon dalam memastikan pematuhan berterusan terhadap obligasi di bawah Protokol Montreal dan Pindaan Kigali.
Peserta juga diberikan pendedahan mengenai prosedur import eksport oleh JKDM dengan lawatan berobjektif ke Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT) pada hari ke empat kursus. Taklimat diberikan oleh wakil pelabuhan iaitu Puan Nur Azimah binti Mohamad Halim, Penolong Kanan Pengarah Kastam II dan Tuan Noor Syairul Asraf bin Abdul Safar, Penolong Pengarah Kastam, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).
Selain itu peserta diberikan pendedahan melalui lawatan ke pengimpot yang berdaftar dengan JAS yang terletak di Juru, Pulau Pinang. Peserta diberikan taklimat ringkas bahan refrigeran yang terdapat di syarikat, kaedah penstoran, pengendalian dan urusan keluar masuk bekalan refrigeran.
Majlis Penutup Kursus pada 7 Ogos 2026 telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Badlishah bin Ahmad, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang, diiringi oleh Tuan Ryan Ooi Chean Weai, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Udara, Jabatan Alam Sekitar Ibu Pejabat menandakan berakhirnya satu lagi inisiatif pengukuhan kapasiti penguatkuasaan. Diharapkan momentum kerjasama erat antara agensi penguatkuasaan ini akan terus diperkasa ke arah penguatkuasaan yang lebih berkesan demi kelestarian alam sekitar.