Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- OPERASI KENDERAAN DIESEL DAN OPERASI KENDERAAN BUNYI BISING
- Tahun
- 2026
- Tarikh Keluaran
- 11/08/2026
- Organisasi
- JAS WPKL
- Lokasi
- Kuala Lumpur
Penerangan
11 Ogos 2026, KUALA LUMPUR - Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) telah melaksanakan Operasi Kenderaan Diesel dan Operasi Kenderaan Bunyi Bising bersama Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia di sekitar Kuala Lumpur.
Operasi bersepadu ini melibatkan seramai 15 anggota penguat kuasa, terdiri daripada 5 pegawai JAS WPKL dan 10 anggota JSPT. Operasi dijalankan bagi memastikan pematuhan terhadap peruntukan Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2024 serta peraturan-peraturan di bawahnya, khususnya berkaitan pelepasan asap dan bunyi bising kenderaan bermotor.
Bagi Operasi Kenderaan Diesel, sebanyak 30 buah kenderaan telah diperiksa secara visual dan 10 buah kenderaan telah menjalani ujian teknikal. Hasil pemeriksaan mendapati tindakan penguatkuasaan telah diambil melibatkan 2 Notis Arahan, 2 kompaun dan 1 Perintah Larangan terhadap kenderaan yang didapati melakukan kesalahan.
Sementara itu, bagi Operasi Kenderaan Bunyi Bising, sebanyak 2 buah kenderaan telah diperiksa dan tindakan penguatkuasaan telah diambil dengan pengeluaran 2 Notis Arahan serta 2 kompaun kepada pemilik kenderaan yang gagal mematuhi tahap bunyi yang ditetapkan.
JAS WPKL mengingatkan semua pemilik dan pengguna kenderaan agar sentiasa memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik, diselenggara secara berkala serta mematuhi had pelepasan asap dan bunyi yang ditetapkan. Kerjasama semua pihak amat penting dalam usaha menjaga kualiti alam sekitar dan kesejahteraan masyarakat.
#NRES
#JabatanAlamSekitar
#JASWPKL
#AlamSekitarTanggungjawabBersama