PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL (EDL) Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Kesedaran

SESI PERKONGSIAN ILMU JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR BERSAMA HOSPITAL CANSELOR TUANKU MUHRIZ

JAS WP KUALA LUMPUR 13/08/2026 33 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SESI PERKONGSIAN ILMU JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR BERSAMA HOSPITAL CANSELOR TUANKU MUHRIZ
Tahun
2026
Tarikh Keluaran
12/08/2026
Organisasi
HUKM
Lokasi
HUKM

Penerangan

12 OGOS 2026, KUALA LUMPUR – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) telah dijemput untuk menyampaikan sesi perkongsian ilmu bertajuk "Pengurusan Buangan Terjadual di Malaysia: Buangan Klinikal" sempena Seminar Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) 2026 pada 12 Ogos 2026. Program tersebut telah diadakan di Auditorium HCTM. Ceramah telah disampaikan oleh Puan Shafariza Binti Shamsudin, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pembangunan, Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sesi perkongsian ini memberi penekanan kepada pengurusan buangan klinikal yang sistematik dan berkesan, termasuk aspek pengasingan, penyimpanan, pengendalian, pengangkutan serta pelupusan buangan klinikal mengikut peruntukan perundangan alam sekitar yang berkuat kuasa. Program ini telah disertai oleh 90 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan Hospital Canselor Tuanku Muhriz serta pihak-pihak yang terlibat dalam pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Para peserta turut didedahkan kepada kepentingan pematuhan terhadap keperluan pengurusan buangan terjadual bagi mengurangkan risiko pencemaran alam sekitar serta memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja sentiasa terpelihara. Diharapkan sesi perkongsian ilmu ini dapat meningkatkan kefahaman, kesedaran dan komitmen peserta terhadap pengurusan buangan klinikal yang mampan dan berkesan, sekali gus menyokong usaha pemeliharaan alam sekitar serta memperkukuh budaya kerja yang selamat dan bertanggungjawab. "Alam Sekitar, Tanggungjawab Bersama." #NRES #JabatanAlamSekitar #JASWPKL #AlamSekitarTanggungjawabBersama