Koleksi Gambar / Pengurusan JAS
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 3/2026 JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI PAHANG
- Subjek
- Tahun
- 2026
- Tarikh Keluaran
- 07/08/2026
- Organisasi
- JAS PAHANG
- Lokasi
- BILIK MESYUARAT ANGGERIK, JAS PAHANG
Penerangan
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pahang telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan Bil. 3 Tahun 2026 yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Anggerik, Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang.
Majlis ini menjadi platform untuk memperkukuh semangat kebersamaan dalam kalangan warga kerja, di samping menyampaikan amanat dan perkongsian daripada Pengarah JAS Negeri Pahang, YBrs. Tuan Zakaria bin Ahmad @ Mohd, AAP, PKT.
Dalam amanatnya, Pengarah turut menekankan kedudukan kewangan semasa serta kepentingan pengurusan kewangan yang berhemah. Semua warga kerja diingatkan agar memastikan setiap perbelanjaan dibuat berdasarkan keutamaan dan keperluan serta mematuhi peraturan kewangan yang ditetapkan, di samping mengutamakan akauntabiliti dan integriti dalam pengurusan peruntukan jabatan.
Majlis turut mengalu-alukan kehadiran Ketua Cawangan JAS Temerloh yang baharu, Encik Muhammad Ridzuan bin Mohd Alias. Pelantikan beliau diharapkan dapat memperkukuh kepimpinan serta mempertingkatkan lagi keberkesanan pelaksanaan tugas dan penyampaian perkhidmatan JAS di daerah Temerloh, Bentong dan Raub. Seluruh warga JAS Negeri Pahang mengucapkan selamat datang dan selamat menjalankan amanah kepada beliau.
Dalam majlis yang sama, turut diadakan penyampaian sijil tamat latihan industri kepada para pelajar yang telah selesai menjalani latihan industri di JAS Negeri Pahang. Penyampaian sijil ini merupakan tanda penghargaan atas komitmen dan sumbangan para pelajar sepanjang tempoh menjalani latihan.
Warga JAS Negeri Pahang turut diseru agar terus meningkatkan disiplin, integriti, produktiviti dan kualiti penyampaian perkhidmatan, serta melaksanakan setiap amanah dengan penuh komitmen dan profesionalisme.Semoga perhimpunan bulanan ini terus menjadi wadah yang berkesan dalam memperkukuh komunikasi, semangat berpasukan dan komitmen seluruh warga JAS Negeri Pahang dalam melaksanakan amanah demi kelestarian alam sekitar.