PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL (EDL) Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Kesedaran

PAMERAN DAN CERAMAH AMALAN REDUCE, REUSE & RECYCLE (3R) DI BINAAN DESJAYA SDN. BHD.

JAS PAHANG 21/08/2026 94 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PAMERAN DAN CERAMAH AMALAN REDUCE, REUSE & RECYCLE (3R) DI BINAAN DESJAYA SDN. BHD.
Tahun
2026
Tarikh Keluaran
10/07/2026
Organisasi
DESJAYA SDN BHD
Lokasi
GAMBANG KUANTAN

Penerangan

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pahang telah mengadakan Pameran dan Ceramah Amalan Reduce, Reuse & Recycle (3R) di Binaan Desjaya Sdn. Bhd. sebagai usaha memperkukuh kesedaran dan membudayakan amalan pengurusan sisa yang lestari dalam kalangan warga industri. Program yang disertai oleh 40 orang peserta ini bertujuan memberi pendedahan mengenai kepentingan amalan Reduce, Reuse & Recycle (3R) dalam kehidupan seharian serta di tempat kerja. Melalui ceramah yang disampaikan, para peserta didedahkan dengan kaedah mengurangkan penghasilan sisa, menggalakkan penggunaan semula bahan yang masih boleh dimanfaatkan serta mengamalkan kitar semula bagi mengurangkan impak terhadap alam sekitar. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah pengumpulan ewaste, minyak masak terpakai dan lain-lain buangan yang boleh dikitar semula. Selain sesi ceramah dan pameran yang disediakan oleh JAS Negeri Pahang turut memaparkan pelbagai bahan informasi berkaitan pengurusan sisa, amalan 3R dan inisiatif pemeliharaan alam sekitar bagi meningkatkan kefahaman serta menggalakkan penglibatan aktif peserta dalam usaha memelihara kelestarian alam sekitar. JAS Negeri Pahang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Binaan Desjaya Sdn. Bhd. atas jemputan dan komitmen yang diberikan dalam menjayakan program ini. Kerjasama strategik antara sektor awam dan swasta seperti ini diharap dapat terus diperkasakan bagi membentuk masyarakat yang lebih prihatin, bertanggungjawab dan mengamalkan budaya kelestarian demi kesejahteraan alam sekitar.