Koleksi Gambar / Aktiviti
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI KELANTAN MENYERTAI PROGRAM SEARCH AND RESCUE EXERCISE (SAREX) JONG SEMERAK 2026
- Subjek
- Tahun
- 2026
Penerangan
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kelantan telah menyertai Program Search and Rescue Exercise (SAREX) JONG SEMERAK 2026 sebagai pemerhati (observer) yang berlangsung pada 28 hingga 29 Julai 2026 di Ibu Pejabat Maritim Negeri Kelantan, Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan. Program anjuran Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) ini melibatkan pelbagai agensi kerajaan bagi memperkukuh kesiapsiagaan menghadapi insiden kecemasan maritim.
Program latihan ini bertujuan menilai tahap kesiapsiagaan agensi-agensi yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (Search and Rescue - SAR), memperkukuhkan koordinasi antara agensi, serta meningkatkan kecekapan komunikasi dan kerjasama bersepadu mengikut Arahan NADMA No. 1 dan National Aeronautical and Maritime Search and Rescue Manual (NAMSAR).
Sepanjang program, peserta didedahkan dengan pelbagai aktiviti termasuk sesi taklimat, Table-Top Exercise (TTX), Field Training Exercise (FTX), ujian komunikasi, sesi penilaian pasca latihan (Post Exercise Debrief) serta pembentangan rumusan latihan. Penglibatan JAS dalam latihan ini membolehkan jabatan memperkukuh kefahaman terhadap peranan agensi sokongan dalam pengurusan bencana maritim, khususnya berkaitan aspek perlindungan alam sekitar sekiranya berlaku insiden pencemaran di laut.
JAS Negeri Kelantan komited untuk terus memperkukuh kerjasama strategik bersama agensi-agensi penguatkuasaan dan pengurusan bencana dalam memastikan kesiapsiagaan negara terhadap sebarang insiden kecemasan, di samping melindungi kelestarian alam sekitar dan kesejahteraan masyarakat.