PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL (EDL) Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti

JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI KELANTAN MENYERTAI LATIHAN SIMULASI MASS CASUALTY INCIDENT (MCI) DAN BENCANA KIMIA (SIMEX SG. RUAL) PERINGKAT JABATAN KESIHATAN NEGERI KELANTAN TAHUN 2026

JAS KELANTAN 24/08/2026 40 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI KELANTAN MENYERTAI LATIHAN SIMULASI MASS CASUALTY INCIDENT (MCI) DAN BENCANA KIMIA (SIMEX SG. RUAL) PERINGKAT JABATAN KESIHATAN NEGERI KELANTAN TAHUN 2026
Subjek
jaskelantan
Tahun
2026
Tarikh Keluaran
24/08/2026
Organisasi
JAS Kelantan
Lokasi
Kota Bharu

Penerangan

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kelantan telah menyertai Latihan Simulasi Mass Casualty Incident (MCI) dan Bencana Kimia (SIMEX Sg. Rual) Peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan Tahun 2026 yang berlangsung pada 29 Julai 2026 di Sungai Rual dan Dewan Saidina Umar, Jeli, Kelantan. Latihan simulasi ini dianjurkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Bencana, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan. Program ini bertujuan menguji serta memperkukuh tahap kesiapsiagaan, kecekapan koordinasi dan keberkesanan tindak balas pelbagai agensi dalam menghadapi insiden kecemasan berskala besar yang melibatkan kemalangan mangsa beramai-ramai (Mass Casualty Incident) dan bencana bahan kimia. Penyertaan JAS Negeri Kelantan dalam latihan ini memberi pendedahan kepada prosedur pengurusan insiden bahan berbahaya serta memperkukuh koordinasi antara agensi teknikal dan agensi penyelamat dalam pengurusan bencana. Di samping itu, penglibatan ini turut meningkatkan tahap kesiapsiagaan JAS dalam melaksanakan peranan berkaitan pemantauan dan kawalan pencemaran alam sekitar sekiranya berlaku insiden yang melibatkan pelepasan bahan kimia berbahaya. JAS Negeri Kelantan komited untuk terus memperkukuh kerjasama strategik bersama agensi-agensi berkaitan dalam mempertingkatkan kesiapsiagaan menghadapi sebarang kecemasan demi melindungi alam sekitar, keselamatan awam dan kesejahteraan masyarakat.