Koleksi Gambar / Mesyuarat
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- LIBAT URUS PINDAAN PROSEDUR TETAP OPERASI (PTO) PROGRAM PENCEGAHAN KEBAKARAN TANAH GAMBUT UNTUK MENGATASI JEREBU DI NEGERI KELANTAN
- Subjek
- Tahun
- 2026
- Tarikh Keluaran
- 24/08/2026
- Organisasi
- JAS Kelantan
- Lokasi
- Kota Bharu
Penerangan
8 Julai 2026 | Kota Bharu
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kelantan telah mengadakan Sesi Libat Urus Pindaan Prosedur Tetap Operasi (PTO) Program Pencegahan Kebakaran Tanah Gambut untuk Mengatasi Jerebu di Negeri Kelantan pada 8 Julai 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Sri Kenali, JAS Negeri Kelantan.
Sesi libat urus ini diadakan sebagai platform untuk mendapatkan pandangan, cadangan serta maklum balas daripada pegawai dan pihak berkepentingan terhadap draf pindaan Prosedur Tetap Operasi (PTO). Penambahbaikan ini bertujuan memperkukuh mekanisme pencegahan, kesiapsiagaan dan tindakan pengurusan kebakaran tanah gambut secara lebih berkesan, sekali gus mengurangkan risiko kejadian jerebu yang boleh menjejaskan kesihatan awam dan kualiti alam sekitar.
Perbincangan turut memberi fokus kepada penyelarasan prosedur operasi, pengukuhan kerjasama antara agensi, penambahbaikan tindakan pemantauan serta pelaksanaan langkah-langkah pencegahan yang lebih sistematik bagi memastikan pengurusan kawasan tanah gambut dapat dilaksanakan secara mampan selaras dengan fungsi dan peranan Jabatan Alam Sekitar.
JAS Negeri Kelantan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta yang telah memberikan komitmen serta cadangan yang membina sepanjang sesi libat urus ini. Diharapkan hasil perbincangan tersebut dapat menyumbang kepada penambahbaikan Prosedur Tetap Operasi (PTO) yang lebih komprehensif, sekali gus memperkukuh usaha pencegahan kebakaran tanah gambut dan menangani isu jerebu demi kesejahteraan rakyat serta kelestarian alam sekitar.