PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL (EDL) Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Mesyuarat

MESYUARAT DAN PEMBENTANGAN AKTIVITI MEMPROSES DAN MELEBUR SERTA MENGGUNAKAN BAHAN-BAHAN KIMIA BAGI PENGENDALIAN MELOMBONG BERSKALA KECIL DI JELI, KELANTAN

JAS KELANTAN 24/08/2026 58 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MESYUARAT DAN PEMBENTANGAN AKTIVITI MEMPROSES DAN MELEBUR SERTA MENGGUNAKAN BAHAN-BAHAN KIMIA BAGI PENGENDALIAN MELOMBONG BERSKALA KECIL DI JELI, KELANTAN
Subjek
jaskelantan
Tahun
2026
Tarikh Keluaran
24/08/2026
Organisasi
JAS Kelantan
Lokasi
Kota Bharu

Penerangan

21 Jun 2026, Kota Bharu - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kelantan telah mengadakan Mesyuarat dan Pembentangan Aktiviti Proses dan Melebur serta Menggunakan Bahan-Bahan Kimia bagi Pengendalian Melombong Berskala Kecil melibatkan cadangan projek di atas Lot 4001, Mukim Jeli Tepi Sungai, Daerah Jeli, Kelantan. Mesyuarat yang diadakan di Bilik Mesyuarat Sri Kenali, Jabatan Alam Sekitar Negeri Kelantan ini telah dihadiri oleh wakil-wakil daripada jabatan dan agensi teknikal berkaitan bagi mendapatkan pandangan, ulasan serta maklum balas mengikut bidang kuasa dan kepakaran masing-masing terhadap cadangan projek yang dikemukakan. Sesi pembentangan oleh pihak pemaju memberi tumpuan kepada aspek operasi yang dicadangkan termasuk penggunaan bahan kimia dalam proses melebur, langkah-langkah kawalan pencemaran, pengurusan sisa, pematuhan perundangan alam sekitar serta tindakan mitigasi yang akan dilaksanakan bagi meminimumkan impak terhadap alam sekitar dan komuniti setempat. Mesyuarat ini merupakan platform penting untuk memastikan setiap cadangan pembangunan yang melibatkan aktiviti berpotensi memberi kesan kepada alam sekitar dinilai secara menyeluruh dan teliti melalui kerjasama pelbagai agensi sebelum sebarang keputusan dibuat. JAS Kelantan komited dalam memastikan pembangunan yang dilaksanakan adalah selaras dengan prinsip pembangunan mampan dan pematuhan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 demi kesejahteraan rakyat serta kelestarian alam sekitar.