PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL (EDL) Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

OPS STATIK BERSEPADU JAS KELANTAN BERSAMA IPD PASIR PUTEH

JAS KELANTAN 24/08/2026 48 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPS STATIK BERSEPADU JAS KELANTAN BERSAMA IPD PASIR PUTEH
Subjek
jaskelantan
Tahun
2026
Tarikh Keluaran
24/08/2026
Organisasi
JAS Kelantan
Lokasi
Koa Bharu

Penerangan

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kelantan telah melaksanakan Ops Statik Bersepadu bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh di hadapan Balai Polis Bukit Yong pada 23 Julai 2026 sebagai sebahagian daripada usaha berterusan memperkukuh penguatkuasaan terhadap pelepasan asap dan pencemaran udara daripada kenderaan bermotor. Operasi yang berlangsung dari jam 10.00 malam hingga 2.00 pagi itu melibatkan kekuatan JAS seramai seorang pegawai dan tujuh anggota, dengan kerjasama pihak IPD Pasir Puteh. Bagi penguatkuasaan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996, sebanyak 23 buah kenderaan telah diperiksa, dengan 19 buah kenderaan menjalani ujian pelepasan. Hasil pemeriksaan dan pengujian tersebut, sebanyak lapan notis telah dikeluarkan bagi tindakan selanjutnya. Sementara itu, bagi penguatkuasaan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Petrol) 1996, sebanyak 21 buah kenderaan telah diperiksa dan tujuh buah kenderaan telah diuji. Tiada notis dikeluarkan dan tiada tindakan kompaun disyorkan bagi kategori berkenaan. Pelaksanaan operasi bersepadu ini merupakan antara komitmen berterusan JAS Negeri Kelantan dalam memastikan pematuhan terhadap perundangan alam sekitar, khususnya berkaitan kawalan pelepasan daripada kenderaan bermotor yang boleh menyumbang kepada pencemaran udara. Kerjasama strategik bersama agensi penguat kuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus diperkasakan bagi meningkatkan keberkesanan aktiviti penguatkuasaan serta memastikan tahap kualiti alam sekitar sentiasa terpelihara demi kesejahteraan masyarakat.