Koleksi Gambar / Aktiviti
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- LAWATAN TAPAK BAGI CADANGAN PROJEK LARGE SCALE SOLAR (LSS) DI PASIR PUTEH
- Subjek
- Tahun
- 2026
- Tarikh Keluaran
- 24/08/2026
- Organisasi
- JAS Kelantan
- Lokasi
- Pasir Puteh
Penerangan
22 Jun 2026, Pasir Puteh - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kelantan telah mengadakan lawatan tapak bagi meneliti Cadangan Projek Large Scale Solar (LSS) yang dicadangkan oleh Equinox Solar Farm Sdn. Bhd. di PT7055, Pasir Puteh, Kelantan. Lawatan ini dilaksanakan susulan penerimaan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) yang dikemukakan bagi projek berkenaan.
Lawatan tersebut bertujuan untuk mendapatkan gambaran sebenar keadaan tapak, mengenal pasti ciri-ciri fizikal kawasan projek serta menilai isu-isu alam sekitar yang berpotensi timbul hasil pelaksanaan projek. Selain itu, lawatan ini turut memberi peluang kepada pegawai JAS untuk meneliti aspek-aspek sensitif alam sekitar di sekitar kawasan pembangunan serta mendapatkan penjelasan lanjut daripada pihak perunding dan pemaju projek.
Semasa lawatan, perbincangan turut diadakan bersama wakil pemaju dan perunding EIA berkaitan skop pembangunan, langkah-langkah mitigasi yang dicadangkan serta komitmen pemaju dalam memastikan pematuhan terhadap keperluan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya.
JAS Negeri Kelantan sentiasa komited dalam memastikan setiap cadangan pembangunan dilaksanakan secara lestari dengan mengambil kira perlindungan alam sekitar serta kesejahteraan