PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL (EDL) Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Mesyuarat

MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL EIA (EIATRC) BAGI CADANGAN PROJEK LARGE SCALE SOLAR (LSS) DI PASIR PUTEH

JAS KELANTAN 24/08/2026 71 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL EIA (EIATRC) BAGI CADANGAN PROJEK LARGE SCALE SOLAR (LSS) DI PASIR PUTEH
Subjek
jaskelantan
Tahun
2026
Tarikh Keluaran
24/08/2026
Organisasi
JAS Kelantan
Lokasi
Kota Bharu

Penerangan

23 Jun 2026, Bilik Mesyuarat Seri Kenali, Jabatan Alam Sekitar Negeri Kelantan - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kelantan telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal EIA (Environmental Impact Assessment Technical Review Committee - EIATRC) bagi membincangkan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) untuk Cadangan Projek Large Scale Solar (LSS) di PT 7055, Mukim Gong Kulim, Daerah Semerak, Pasir Puteh, Kelantan yang dicadangkan oleh Equinox Solar Farm Sdn. Bhd. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah JAS Negeri Kelantan ini telah dihadiri oleh wakil-wakil agensi teknikal berkaitan termasuk Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kelantan, PLANMalaysia Kelantan, Majlis Daerah Pasir Puteh, Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Jabatan Mineral dan Geosains, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Jabatan Pertanian Negeri Kelantan, Jabatan Sumber Air Negeri Kelantan, Jabatan Pengairan dan Saliran serta Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan. Dalam mesyuarat tersebut, pihak jururunding EIA telah membentangkan komponen projek, keadaan alam sekitar sedia ada, impak alam sekitar yang dijangkakan serta langkah-langkah kawalan dan mitigasi yang dicadangkan bagi memastikan pelaksanaan projek tidak memberi kesan negatif yang signifikan kepada alam sekitar. Sesi perbincangan turut memberi ruang kepada agensi-agensi teknikal untuk mengemukakan pandangan, ulasan dan syor penambahbaikan terhadap laporan EIA yang dikemukakan, khususnya berkaitan pengurusan saliran, pemeliharaan sumber air, kawalan hakisan tanah, zon penampan sungai, kesihatan awam serta aspek pematuhan perundangan alam sekitar. Mesyuarat ini adalah merupakan sebahagian daripada proses semakan teknikal laporan EIA yang dilaksanakan bagi memastikan semua aspek alam sekitar yang berkaitan diberi pertimbangan sewajarnya sebelum sebarang keputusan dibuat. Pandangan dan ulasan yang dikemukakan oleh agensi-agensi teknikal akan membantu memperkukuh penilaian terhadap cadangan projek serta memastikan langkah-langkah kawalan dan mitigasi yang bersesuaian dapat dilaksanakan.