Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PEMERIKSAAN COMMAND & CONTROL (CAC) DI PREMIS PEMPROSESAN MAKANAN LAUT DI DAERAH KUNAK
- Tahun
- 2026
- Tarikh Keluaran
- 12/08/2026
- Organisasi
- Jabatan Alam Sekitar Cawangan Tawau
- Lokasi
- Kunak
Penerangan
12 Ogos 2026, Kunak – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Tawau telah menjalankan pemeriksaan Command & Control (CAC) di sebuah premis pemprosesan makanan laut di daerah Kunak sebagai sebahagian daripada aktiviti pemantauan pematuhan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya.
Pemeriksaan yang dijalankan memberi tumpuan terhadap aspek pengurusan alam sekitar di premis, khususnya sistem pengolahan efluen perindustrian dan pengurusan bahan buangan terjadual. Pemeriksaan meliputi kawasan premis serta komponen sistem pengolahan efluen sehingga ke takat pelepasan akhir bagi memastikan sistem pengolahan beroperasi dan efluen diuruskan dengan sewajarnya sebelum dilepaskan ke alam sekeliling.
Pemeriksaan turut dijalankan di kawasan penstoran bahan buangan terjadual bagi memastikan bahan buangan yang terhasil disimpan dan diuruskan dengan teratur serta mematuhi keperluan perundangan yang ditetapkan. Pihak premis turut diberikan ulasan dan cadangan penambahbaikan berkaitan aspek pengurusan alam sekitar berdasarkan hasil pemeriksaan yang dijalankan.
JAS akan terus mempertingkatkan aktiviti pemeriksaan dan pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan premis menjalankan aktiviti secara bertanggungjawab serta mematuhi kehendak perundangan alam sekitar bagi mencegah dan mengawal pencemaran terhadap alam sekeliling.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jassabah_ogos2026
#alamsekitartanggungjawabbersama