Koleksi Gambar / Aktiviti
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- SK PATAU-PATAU DAN SM ST. ANNE UNGGULI ANUGERAH SEKOLAH LESTARI W.P. LABUAN 2025/2026
- Subjek
- Tahun
- 2026
- Tarikh Keluaran
- 30/07/2026
- Organisasi
- JAS LABUAN
- Lokasi
- LABUAN
Penerangan
LABUAN, 29 Julai 2026 – Jabatan Alam Sekitar (JAS) W.P. Labuan dengan kerjasama Petronas Chemicals Methanol Sdn Bhd telah berjaya melabuhkan tirai Majlis Penganugerahan Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) Kitaran ke-10 (2025/2026) Peringkat W.P. Labuan.
Majlis perasmian dan penyampaian hadiah yang berlangsung di premis Petronas Chemicals Methanol Sdn Bhd ini telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Pengarah JAS W.P. Labuan. Selain acara kemuncak, program turut diisi dengan taklimat kelestarian dan persembahan istimewa bagi menerapkan kesedaran amalan hijau.
Penilaian pemenang bagi edisi kali ini telah diadili secara telus oleh barisan juri gabungan dari Perbadanan Labuan, JAS W.P. Labuan, dan Jabatan Pendidikan W.P. Labuan.
Berikut adalah keputusan rasmi penerima anugerah SLAAS peringkat W.P. Labuan:
Kategori Sekolah Rendah:
* ?? Johan: Sekolah Kebangsaan Patau-Patau
* ?? Naib Johan: Sekolah Kebangsaan Bebuloh
Kategori Sekolah Menengah:
* ?? Johan: Sekolah Menengah St. Anne
* ?? Naib Johan: Sekolah Menengah St. Anthony
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang! Pengiktirafan ini diharap berupaya menjadi pemangkin budaya kelestarian alam sekitar secara konsisten di peringkat sekolah demi mewariskan bumi yang sejahtera kepada generasi akan datang.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jaswplabuan
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jaswplabuan_Julai_2026