PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL (EDL) Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti

ONE HOUR LABUAN CLEAN UP DAN GOTONG ROYONG MEGA 2.0 PERINGKAT WP LABUAN

JAS WP LABUAN 23/08/2026 12 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
ONE HOUR LABUAN CLEAN UP DAN GOTONG ROYONG MEGA 2.0 PERINGKAT WP LABUAN
Subjek
Gotong royonglabuan
Tahun
2026
Tarikh Keluaran
23/08/2026
Organisasi
KKM
Lokasi
Adtec JTM Labuan

Penerangan

LABUAN – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Wilayah Persekutuan Labuan terus memperkukuh usaha meningkatkan kesedaran dan penglibatan masyarakat dalam menjaga kelestarian alam sekitar melalui Program One Hour Labuan Clean Up dan Gotong Royong Mega 2.0 Peringkat WP Labuan yang dianjurkan oleh Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan. Program yang berlangsung di ADTEC JTM Kampus Labuan ini turut melibatkan pelbagai aktiviti bersama komuniti, termasuk aktiviti gotong-royong, pertandingan, dan program kesedaran alam sekitar yang melibatkan peserta daripada pelbagai peringkat. Semasa program ini, JAS WP Labuan dijemput sebagai pempamer, penceramah, serta mempromosikan keahlian Rakan Alam Sekitar (RAS). Penglibatan ini menjadi platform penting untuk menyampaikan mesej berkaitan tanggungjawab bersama dalam memelihara alam sekitar serta menggalakkan masyarakat memainkan peranan aktif dalam menjaga kebersihan persekitaran. Program turut diserikan dengan sesi Pocket Talk bertajuk "Peranan Penduduk Dalam Kelestarian Persekitaran" yang disampaikan oleh pegawai MySTEP daripada JAS WP Labuan. Sesi perkongsian ini memberi pendedahan khusus berkenaan bahaya dan impak isu Pembakaran Terbuka, yang bertepatan dengan fokus isu semasa negara. Sesi ini menekankan kepentingan penglibatan komuniti dalam menghentikan amalan pembakaran terbuka demi memastikan kualiti udara kekal bersih, selamat, dan lestari. JAS WP Labuan mengalu-alukan kerjasama berterusan daripada agensi kerajaan, institusi pendidikan, dan komuniti tempatan dalam memperkasakan kesedaran alam sekitar serta membudayakan amalan kelestarian dalam kehidupan seharian. Alam sekitar tanggungjawab kita bersama. #NRES #JabatanAlamSekitar #JASWPLabuan #AlamSekitarTanggungjawabBersama #JASWPLabuan_Ogos_2026