PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL (EDL) Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti

JAS WP LABUAN PERKASA PENGUATKUASAAN MENERUSI SESI BERSAMA PENASIHAT UNDANG-UNDANG

JAS WP LABUAN 25/08/2026 36 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JAS WP LABUAN PERKASA PENGUATKUASAAN MENERUSI SESI BERSAMA PENASIHAT UNDANG-UNDANG
Tahun
2026
Tarikh Keluaran
25/08/2026
Organisasi
JAS WP LABUAN
Lokasi
JAS WP LABUAN

Penerangan

LABUAN, 10 Ogos 2026 – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Wilayah Persekutuan Labuan hari ini telah mengadakan pertemuan strategik bersama Tuan Mohd Syahnidzam bin Ahmad, Penasihat Undang-Undang JAS. Sesi libat urus ini telah disertai oleh barisan pegawai penguatkuasa JAS WP Labuan bagi memantapkan lagi gerak kerja penguatkuasaan undang-undang alam sekitar di wilayah ini. Fokus utama perjumpaan ini adalah untuk memperkasakan kemahiran pegawai penyiasat, khususnya dalam penyediaan kertas siasatan yang lebih teliti, tepat, dan komprehensif. Langkah ini penting bagi memastikan setiap tindakan pendakwaan ke atas pesalah alam sekitar kelak dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Selain itu, sesi ini turut membincangkan isu-isu perundangan berbangkit serta menyelaraskan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) agar sentiasa selari dengan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan pindaan-pindaan perundangan yang terkini. Menerusi inisiatif bersama Tuan Mohd Syahnidzam ini, JAS WP Labuan komited untuk terus meningkatkan tahap kesiapsiagaan dan kompetensi pegawai penguatkuasanya dalam usaha melindungi kelestarian alam sekitar di pulau bebas cukai ini dengan lebih agresif dan berintegriti.