Koleksi Gambar / Program Kesedaran
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PROGRAM PENCINTA ALAM DAN EXPLORACE ALAM SEKITAR SEMPENA SAMBUTAN HARI OZON SEDUNIA 2026 ????
- Subjek
- Tahun
- 2026
- Tarikh Keluaran
- 05/08/2026
- Organisasi
- JAS WP LABUAN
- Lokasi
- LABUAN
Penerangan
W.P. LABUAN, 5 Ogos 2026 – Jabatan Alam Sekitar (JAS) W.P. Labuan terus komited memperkasakan pendidikan dan kesedaran alam sekitar dalam kalangan generasi muda menerusi penglibatan dalam program anjuran SMK Taman Perumahan Bedaun, W.P. Labuan.
Program yang bertemakan "Lestarikan Alam, Sinergi Bersama" ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan penyertaan seramai 450 orang pelajar.
Sesi ceramah khas bertajuk ‘Say No To Single-Use Plastic’ telah disampaikan oleh Puan Adylina Mohd Yaakub, pegawai dari Bahagian Pembangunan JAS W.P. Labuan. Sesi ini memberi pendedahan terperinci mengenai bahaya plastik sekali guna, di samping memupuk amalan kelestarian menerusi kempen kitar semula di peringkat sekolah.
JAS W.P. Labuan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak sekolah serta semua yang terlibat. Semoga kolaborasi strategik ini terus kukuh demi pemeliharaan alam sekitar untuk kesejahteraan generasi akan datang!
#NRES
#JabatanAlamSekitar
#JASWPLabuan
#AlamSekitarTanggungjawabBersama
#HariOzonSedunia2026
#JASWPLabuan_Ogos2026