Koleksi Gambar / Aktiviti
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- BENGKEL PEMANTAPAN PENGGUNAAN SISTEM E-SWIS & MYPREMIS JAS : DALAM MENINGKATKAN KECEKAPAN PENGURUSAN ALAM SEKITAR DI WP LABUAN TAHUN 2026, SEMPENA HARI OZON SEDUNIA
- Subjek
- Tahun
- 2026
- Tarikh Keluaran
- 15/08/2026
- Organisasi
- KASLAW / JAS WP LABUAN
- Lokasi
- LABUAN
Penerangan
15 Ogos 2026 - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Wilayah Persekutuan Labuan dengan kerjasama Kelab Alam Sekitar Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Labuan (KASLAW) telah menganjurkan Bengkel Pemantapan Penggunaan Sistem e-SWIS & MyPremis JAS Wilayah Persekutuan Labuan 2026.
Bengkel ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman serta kemahiran peserta dalam penggunaan sistem e-SWIS, MyPremis, NRCEP dan CARNotification bagi menyokong pelaksanaan tugas pemantauan dan penguatkuasaan alam sekitar dengan lebih cekap dan berkesan.
Program ini merangkumi sesi ceramah, perbincangan serta latihan secara hands-on dan telah disertai oleh seramai 100 orang peserta serta 5 pempamer.
Sesi ceramah telah disampaikan oleh Ts. Cynthia Mahadi dan En. Mohammad Man Sah bin Azman, yang turut berkongsi pengetahuan serta maklumat berkaitan penggunaan sistem dan pengurusan alam sekitar.
Majlis perasmian bengkel telah disempurnakan oleh Tuan Aliudin@Din bin Atat@Mohd Arsyid, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Labuan.
Diharapkan penganjuran bengkel ini dapat memperkukuh kompetensi warga kerja serta meningkatkan keberkesanan pemantauan dan penguatkuasaan alam sekitar, seterusnya menyumbang kepada peningkatan tahap pematuhan premis industri terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) dan peraturan-peraturan di bawahnya.
#NRES
#JabatanAlamSekitar
#JASWPLabuan
#AlamSekitarTanggungjawabBersama
#JASWPLabuan_Ogos2026