Koleksi Gambar / Aktiviti
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PROGRAM ENVIRO HIKING RAKAN ALAM SEKITAR (RAS) SEMPENA HARI OZON SEDUNIA 2026
- Subjek
- Tahun
- 2026
- Organisasi
- JAS NEGERI PAHANG
- Lokasi
- BERA PAHANG
Penerangan
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pahang telah menganjurkan Program Enviro Hiking Rakan Alam Sekitar (RAS) yang melibatkan guru-guru penyelaras Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Daerah Bera.
Program yang berlangsung di Bukit Senorang, Kemayan, Bera ini merupakan salah satu inisiatif JAS Negeri Pahang dalam menyemarakkan sambutan Hari Ozon Sedunia, di samping menggalakkan amalan gaya hidup sihat, meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan pemeliharaan alam sekitar serta memperkukuh jaringan kerjasama antara JAS dengan warga pendidik.
Aktiviti pendakian ini turut menjadi platform untuk para guru menikmati keindahan alam semula jadi sambil menerapkan nilai cintakan alam sekitar, kelestarian dan tanggungjawab bersama dalam menjaga khazanah alam.
JAS Negeri Pahang merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua guru penyelaras SLAAS yang telah memberikan komitmen dan menyertai program ini. Semoga usaha sebegini dapat terus memperkasakan peranan warga pendidik sebagai duta alam sekitar dalam membentuk generasi yang prihatin, bertanggungjawab dan lestari.
"Global action for a cooler planet"