Koleksi Gambar / Program Kesedaran
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PROGRAM OPS SEDUT IWK BERSAMA KOMUNITI KUALA LIPIS 2026
- Tahun
- 2026
- Tarikh Keluaran
- 26/08/2026
- Organisasi
- INDAH WATER KONSORTIUM (IWK)
- Lokasi
- KUALA LIPIS
Penerangan
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pahang telah dijemput untuk menyertai Pameran Program Ops Sedut IWK Bersama Komuniti Kuala Lipis 2026 yang berlangsung di Dewan Serbaguna Kg. Batu Nering, Padang Tengku, Kuala Lipis.
Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad, Timbalan Menteri, Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) merangkap Ahli Parlimen Lipis.
Majlis turut diserikan dengan ucapan alu-aluan oleh En. Narendran A/L Maniam, Ketua Pegawai Eksekutif Indah Water Konsortium Sdn. Bhd.
Antara pengisian program termasuk taklimat berkaitan Perundangan Enapcemar dan Tanggungjawab Premis di bawah Akta 655 oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) serta taklimat berkaitan pengosongan tangki septik dan perangkap minyak oleh IWK. Turut diadakan sesi demonstrasi Nyah Enap Cemar, aktiviti mewarna, sukaneka, penyampaian sumbangan serta penyampaian hadiah kepada para pemenang.
Penyertaan JAS Negeri Pahang dalam pameran ini menjadi platform untuk mendekati komuniti, berkongsi maklumat serta meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan penjagaan alam sekitar dan pengurusan sisa yang bertanggungjawab.
JAS Negeri Pahang komited untuk terus memperkukuh kerjasama strategik bersama pelbagai pihak dalam usaha membudayakan amalan mesra alam serta memastikan kelestarian alam sekitar terus menjadi tanggungjawab bersama.
“Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama.”