PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL (EDL) Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti

PROGRAM PERTANDINGAN INOVASI SISA LESTARI (INSIS) SEMPENA KARNIVAL ECO-CULTURE 2026

JAS PAHANG 20/08/2026 13 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM PERTANDINGAN INOVASI SISA LESTARI (INSIS) SEMPENA KARNIVAL ECO-CULTURE 2026
Subjek
pameran
Tahun
2026
Tarikh Keluaran
26/08/2026
Organisasi
SWCORP
Lokasi
JERANTUT

Penerangan

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pahang menerima jemputan untuk menyertai pameran sempena Program Pertandingan Inovasi Sisa Lestari (INSIS) sempena Karnival Eco-Culture 2026 yang berlangsung di Dewan Majlis Daerah Jerantut, Pahang. Penyertaan JAS Negeri Pahang melalui reruai Kesedaran Alam Sekitar bertujuan memberikan pendedahan dan informasi kepada para pengunjung berkaitan kepentingan memelihara alam sekitar, mencegah pencemaran serta mengamalkan gaya hidup yang lebih lestari. Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. Encik Abd Karim bin Salim, Pengarah Bahagian Sumber Manusia, SWCorp Malaysia. Beliau turut meluangkan masa mengadakan lawatan ke reruai pameran agensi, termasuk reruai JAS Negeri Pahang, serta mendapatkan penerangan berkaitan bahan dan informasi kesedaran alam sekitar yang dipamerkan. Penyertaan JAS Negeri Pahang dalam program ini menjadi platform untuk mendekati masyarakat, berkongsi pengetahuan serta memperkukuh kerjasama antara agensi dalam usaha meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab bersama terhadap kelestarian alam sekitar. Semoga penglibatan ini dapat terus memperkasakan kesedaran masyarakat dan menyemarakkan budaya mencintai serta memelihara alam sekitar demi kesejahteraan generasi akan datang.